Raya Bersama Celcom dengan tawaran eksklusif Ramadan, Syawal

Iklan
Chee Loo Fun

SHAH ALAM - Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi terbesar negara, Celcom sentiasa memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan suasana berbeza dalam tempoh mencabar ketika ini.

Ketua Pegawai Perniagaan Celcom, Chee Loo Fun berkata, ketika rakyat Malaysia sedang menjalankan peranan mereka dalam mengurangkan penularan pandemik Covid-19, Celcom mahu memastikan semua dapat kekal berhubung ketika meraikan Ramadan dan Aidilfitri.

Iklan
Iklan

"Kami ingin memperkasa pelanggan dan keluarga mereka dengan telefon pintar 4G yang membolehkan mereka menikmati pengalaman digital terbaik serta nilai hebat bagi perkhidmatan kesalinghubungan, sepanjang melaksanakan ibadah dan bersama keluarga tanpa sebarang kebimbangan.

"Pelan pascabayar Celcom Mega yang ditambah baik dan Talian Keluarga Celcom Mega dengan internet tanpa had yang terkini, didatangkan dengan tawaran untuk pengguna memiliki sebuah telefon pintar 4G percuma, sesuai untuk memenuhi keperluan digital keluarga pada hari raya ini.

Iklan

"Kami ingin pelanggan dan keluarga untuk kekal terhubung antara satu sama lain tanpa sebarang kebimbangan, menikmati panggilan video berterusan atau berhibur dengan pengstriman video HD,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Talian Keluarga Celcom Mega dengan Internet Tanpa Had terkini ditawarkan hanya pada RM40 setiap talian dan menyediakan pengstriman video HD tanpa had, panggilan tanpa had serta kuota hotspot 5GB serta satu telefon pintar 4G percuma daripada 12 pilihan disediakan.

Iklan

Sebagai tambahan, pelan pascabayar Celcom Mega Lightning dan Celcom Mega Unlimited kini ditambah baik dengan saiz pas tambahan serta pilihan telefon 4G percuma yang terluas di pasaran.

Celcom Mega Lightning M Plus terkini pula ditawarkan pada RM128 sebulan dengan internet bulanan 70GB dan panggilan tanpa had, manakala dengan harga yang sama, Celcom Mega Unlimited M Plus menawarkan pengstriman video HD penuh tanpa had dan kuota hotspot 20GB.

Telefon pintar 4G percuma tersebut ditawarkan tanpa bayaran pendahuluan apabila pelanggan memilih mana-mana pelan pascabayar Celcom Mega dengan pilihan seperti Oppo Reno 5G, Samsung Galaxy A52, Vivo V20 dan banyak lagi.

Tawaran juga sesuai bagi pelanggan untuk bertukar daripada peranti 3G kepada telefon pintar 4G.

Sebagai tambahan, Celcom turut menawarkan promosi istimewa untuk pelanggan sepanjang pada 16 April hingga 31 Mei apabila pelanggan boleh mendapatkan duit raya percuma dalam Ramadan dan Syawal dengan menyertai permainan Mega Duit Raya di Celcom Online Shop.

Tawaran eksklusif yang ditawarkan Celcom kepada pelanggan setia sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Pelanggan boleh melayari Celcom Online Shop untuk menyertainya dengan hanya suai dan padankan ‘kuih raya’ dan jika berjaya, mereka boleh mengetahui berapakah duit raya yang akan dimenangi.

Jumlah duit raya tersebut akan dikredit dalam bentuk rebat pelan dan dipaparkan di dalam bil mereka.

Sementara pada 1 Mei hingga 30 Jun pula, rebut baucar membeli-belah daripada rakan terpilih dan ganjaran berjumlah RM1 juta dengan just4ME melalui kempen ‘Sejuta Raya’ Celcom Xpax.

Semua pelanggan prabayar Celcom Xpax boleh memiliki ganjaran dengan mengumpulkan mata apabila mereka membeli mana-mana tawaran just4ME melalui aplikasi Celcom Life.

Ganjaran termasuk kredit prabayar RM5 percuma bagi pengguna just4ME kali pertama, kuota internet untuk TikTok serta baucar beli-belah Touch ‘n Go, Grab dan Lazada.

Dalam pada itu, Celcom akan membuat pengumuman lain pada masa terdekat dan pelanggan boleh melayari laman web kami www.celcom.com.my atau Facebook dan Twitter Celcom bagi maklumat dan tawaran terkini.

Info Tawaran Eksklusif Raya Bersama Celcom

1. Talian Keluarga Tanpa Had terkini dengan Celcom Mega.

2. Tawaran pelbagai telefon 4G percuma untuk dimiliki dengan pelan pascabayar Celcom Mega dan talian keluarga.

3. Rebut peluang mendapat baucar membeli-belah dan pelbagai tawaran daripada rakan runcit terpilih bernilai RM1 juta dengan Celcom Xpax just4ME.

4. Menangi rebat pelan pascabayar Celcom Mega sehingga 1 tahun dengan Duit Raya Celcom di Celcom Online Shop.