Sarawak: Pelajar asrama dibenar balik tak perlu buat ujian Covid-19
Iklan
KUCHING - Semua pelajar asrama di Sarawak kini dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing tanpa perlu menjalani ujian rt-PCR Covid-19, setelah kerajaan Sarawak mengumumkan untuk melanjutkan tempoh penutupan institusi pendidikan di negeri itu hingga 10 Mei depan.
Kebenaran itu merupakan antara keputusan terbaharu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini yang turut memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Panjang (Rh) Awit di Julau, Rh Papit (Sarikei) dan Rh Andrew (Pakan) dari 28 April hingga 11 Mei.