42 peniaga di Johor dikompaun
Iklan
JOHOR BAHRU - Seramai 42 peniaga di negeri ini dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, kesalahan tertinggi sebanyak 33 kes membabitkan tiada tanda harga diikuti dengan sembilan kes menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan.