Arab Saudi nafi Putera Salman mahu beli Manchester United

Iklan
Putera Mahkota Mohammed bin Salman

RIYADH - ARAB SAUDI. Arab Saudi menafikan laporan Putera Mohammed bin Salman merancang untuk mengambil alih Manchester United.

"Laporan mendakwa bahawa Putera Mohammed berhasrat membeli MU adalah palsu," kata Menteri Penerangan Saudi, Turki Al-Shabaneh.

Iklan
Iklan

Beliau sebaliknya berkata, kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu sebaliknya mengadakan pertemuan dengan Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF) untuk membincangkan peluang penajaan.

"Tiada perjanjian dimeterai," katanya.

Iklan

PIF ditubuhkan pada 1971 bertujuan untuk menyokong projek-projek berkepentingan strategik kepada ekonomi Saudi.

Akhbar Britain, The Sun sebelum ini mendakwa bahawa Putera Mohammed telah meningkatkan bidaan untuk mengambil alih Manchester United kepada 3.8 bilion pound (RM20 bilion) dengan harapan dapat menjadi pemilik baharu kelab itu musim depan. - Agensi

Iklan