Bapa didakwa liwat anak kandung usia 7 tahun

Iklan
Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu terhadap dua pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak perempuan kandungnya, sejak Disember tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 45 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Dazuki Ali.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia 7 tahun di sebuah rumah di Dungun pada waktu malam, 1 Disember 2020 hingga 30 Januari lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat, jika disabitkan kesalahan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Rabiatul Adawiah soupy.

Iklan
Iklan

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 24 Mei depan untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.