Suasana tenang di Kuil Sri Maha Mariamman

Iklan
Seramai 30 individu yang mewakili beberapa pengurusan kuil sekitar Lembah Klang hadir membuat bantahan.
SUBANG JAYA - Keadaan tenang dan terkawal di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman, di sini, sehingga jam 12 tengah hari.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa pegawai polis kelihatan mengawal situasi di bawah jejambat berhampiran.

Ahli jawatankuasa badan bertindak kuil berkenaan dijangka akan berjumpa Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari pada jam 1 petang nanti.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Tiada locus standi, gagal tangguh pengambilalihan kuil ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Pasukan khas kuil akan fail rayuan ]

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dilaporkan berkata, seramai 500 anggota polis ditugaskan untuk mengawal situasi di pekarangan kuil berkenaan.

Anggota dari pelbagai unit termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), cawangan khas dan anggota balai ditugaskan untuk memantau keadaan di kuil terbabit.

Dalam perkembangan sama, pasukan khas kuil akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi yang menolok permohonan pengambilalihan tapak kuil.

Setiausahanya, VK Regu berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan itu petang ini.