Covid-19: Masjid Kolam Ayer ditutup seminggu

Iklan
Masjid Kolam Ayer di Johor Bahru ditutup tujuh hari bermula Ahad berikutan seorang AJK dan seorang jemaah kariahnya disahkan positif Covid-19.

JOHOR BAHRU - Masjid Kolam Ayer di sini ditutup tujuh hari bermula Ahad berikutan seorang ahli jawatankuasa (AJK) dan seorang jemaah kariahnya disahkan positif Covid-19.

Notis penutupan masjid berkenaan dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru pada Ahad.