'Sekarang saya hanya nak mencari kejohanan'
Iklan
Abdul Latif ketika menerima suntikan vaksin pada Program Imunisasi Covid-19 Kementerian Belia dan Sukan di Kompleks Sukan DBKL pada 13 April lalu. - Foto Bernama
KEKURANGAN kejohanan olahraga di dalam dan luar negara susulan pandemik Covid-19 nyata menggusarkan atlet paralimpik negara dalam membuat persiapan menghadapi temasya Sukan Paralimpik Tokyo pada Ogos depan.
Perkara itu dinyatakan atlet lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly yang bakal mempertahankan pingat emas dimenangi pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Iklan
Iklan
"Setakat ini kami tiada masalah dengan sesi latihan, cuma sekarang saya hanya nak mencari kejohanan sebab susah nak dapatkan kejohanan ketika ini.
"Kejohanan dalam Malaysia cuma ada satu tahun ini yang saya sertai iaitu Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia tetapi kejohanan di luar negara masih belum ada setakat ini,” katanya selepas sesi rakaman takbir Raya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama atlet kebangsaan di sini pada Sabtu.
Iklan
Dalam pada itu, Abdul Latif bersedia dengan sebarang prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN) menjelang temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 susulan peningkatan drastik kes Covid-19 di negara matahari terbit tersebut.
Pada Rabu, agensi berita Kyodo melaporkan kerajaan Jepun merancang melaksanakan darurat sekali lagi di Tokyo, Osaka dan Hyogo berikutan lonjakan kes COVID-19 sehingga menggugat sistem kesihatan di daerah itu.
Iklan
Edisi Sukan Paralimpik 2016, Abdul Latif merangkul pingat emas acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) dengan catatan 7.60 meter (m) yang juga merupakan rekod baharu dunia pada ketika itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>