Utamakan kemaslahatan, elakkan kemudaratan
Iklan
Apa jua keputusan ia akan membawa kemaslahatan buat UMNO.
SHAH ALAM - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Ahad ini diharap dapat mencapai kata sepakat dan tidak mendatangkan mudarat buat parti Melayu terbesar itu, kata Ahli MKT, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.
"Saya harap apa jua keputusan ia akan membawa kemaslahatan buat UMNO, bukannya kemudaratan.
Iklan
Iklan
"Namun jika ia tetap mudarat, biarlah ia mudarat yang lebih ringan dan bukannya berat,” ujarnya kepada Sinar Harian.
Isu panas yang dijangka menjadi tumpuan pada mesyuarat itu termasuklah hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN), selain pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan Jun ini.
Iklan
Mesyuarat MKT itu adalah kali pertama diadakan selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 bulan lalu.
"Saya berharap keputusan yang diambil turut memberikan satu jaminan buat UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 nanti,” kata Fathul Bari.
Iklan
Seorang lagi Ahli MKT, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira berkata, segala keputusan mengenai hala tuju UMNO tidak semestinya perlu dibuat secara tergesa-gesa pada mesyuarat itu, sebaliknya mesti dibincang dan diperhalusi dengan teliti.
"Duduk bincang elok-elok, kalau ada yang tak setuju pun tak adalah sampai nak baling kerusi dan campak botol, itulah cantiknya UMNO.
"Semua pihak boleh cakap macam-macam, tapi yang buat keputusan adalah Presiden UMNO. Jadi kalau tak perlu buat keputusan sekarang, maka tak perlulah,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>