Rundingan agihan kerusi Bersatu, Pas capai 30 peratus: Ahmad Faizal
Iklan
KUALA LUMPUR - Rundingan pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Bersatu dengan Pas bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini mencapai 30 peratus dan dijangka diselesaikan secepat mungkin.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkembangan itu melibatkan rundingan agihan kerusi bagi kawasan di Semenanjung dan pada masa sama, rundingan dengan rakan komponen Perikatan Nasional (PN) yang lain khususnya di Sabah juga diteruskan.