PASIR MAS - Amanah yakin pendekatan 'bohong' yang diamalkan oleh pemimpin Pas akan menyebabkan parti pembangkang itu akan kehilangan kepercayaan anggota terhadap parti, kata Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Katanya, beliau menyifatkan Pas sebagai parti yang tidak boleh dipercayai, yang boleh menjejaskan imej perjuangan Islam.