Sesi bersama 'bossku' dapat sambutan hangat!

Iklan
Najib ketika bersama penduduk Flat Baiduri, Bandar Tasik Kesum, hari ini.

SEMENYIH - Ceramah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama penduduk Flat Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, di sini, mendapat sambutan hangat apabila kawasan sekitar ceramah dipenuhi orang ramai.

Orang ramai setia menanti Ahli Parlimen Pekan itu seawal jam 7.30 malam meskipun sesi ceramah Najib bermula seawal jam 9.30 malam.