AKSEM Perlis rampas mercun, bunga api bernilai RM12,299

Iklan

KANGAR - Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM12,299 di Jalan Arau-Kodiang, Guar Sanji, Arau.

Komander AKSEM Perlis, Deputi Superitendan Azizan Saman berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah melakukan pemeriksaan di sebuah bangunan kedai kira-kira 5.40 petang Selasa.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan kita telah merampas tujuh kotak mercun di bilik tidur di kedai itu yang dianggarkan bernilai RM12,299 termasuk nilai cukai.

"Turut ditahan seorang lelaki berumur 24 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Azizan berkata, kesemua barang rampasan dibawa ke Kompleks AKSEM Chuping untuk tindakan selanjutnya dan kes diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - Bernama