SSM perkenal Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Iklan
Faedah mendaftarkan perniagaan.

PANDEMIK Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelbagai peringkat sejak Mac tahun lalu sehingga kini menyebabkan ramai individu hilang pekerjaan.

Keadaan ini telah mendorong kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dan pelan pemulihan ekonomi dalam membantu meringankan beban rakyat dan sektor peniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sejak tahun lalu.

Iklan
Iklan

Prihatin dengan nasib rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengambil langkah ke hadapan bagi menyokong usaha dan inisiatif kerajaan untuk memudah cara rakyat yang terkesan menceburi bidang perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Nor Azimah Abdul Aziz berkata, SSM sebagai sebuah badan berkanun yang mengawal selia entiti perniagaan di negara ini melalui aktiviti pendaftaran, pembekalan maklumat dan penguatkuasaan seimbang memahami kesukaran sebahagian masyarakat dalam mengharungi detik sukar ini.

Iklan

Beliau berkata, SSM telah melaksanakan pelbagai inisiatif pada tahun 2020 dan masih diteruskan pada tahun ini.

"Antara inisitif yang telah diperkenalkan adalah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

Iklan

"SPPP diperkenalkan sebagai sokongan dan galakan kepada masyarakat khususnya golongan B40 untuk menceburi bidang perniagaan bagi menjana sumber pendapatan alternatif kepada penggajian terutamanyaapabila hilang pekerjaan,” katanya.

SPPP diperluas kepada usahawan B40, pelajar IPT

Menurut Nor Azimah, SPPP telah diperkenalkan bagi membantu individu terjejas akibat pandemik Covid-19 untuk mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma melalui pengecualian fi pendaftaran.

Beliau berkata, sebelum ini, SSM telah melancarkan Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) pada 1 Januari 2017.

"Di bawah program ini, pelajar-pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), politeknik, kolej dan pusat-pusat kemahiran dalam negara yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan fi pendaftaran,” katanya.

Nor Azimah berkata, sehingga 31 Disember 2020, sebanyak 65,837 perniagaan telah memanfaatkan S1P1P.

ezbiz.ssm.com.my.

"Pendaftaran perniagaan kini menjadi lebih mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya di hujung jari.

Malahan proses kini lebih pantas berbanding dahulu,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai SPPP dan SSM boleh menghubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my.

Info SPPP

SPPP telah diperluaskan kepada semua usahawan kumpulan B40 termasuk pelajar IPT sepenuh masa secara percuma (Pengecualian fi pendaftaran perniagaan).

Berikut adalah perincian kategori yang layak memohon SPPP:

(a) Kategori Usahawan Kumpulan B40:

Pemegang MyKad/MyPR; Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;

Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan

Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

(b) Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa:

Pemegang MyKad/MyPR;

Wargenagara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;

Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan

Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.