Lelaki cedera ditembak di Montpellier, Perancis

Iklan
Seorang lelaki cedera ditembak lelaki tidak dikenali di bandar Montpellier, selatan di Perancis pada Isnin. Foto AP

MOSCOW - Seorang lelaki cedera ditembak lelaki tidak dikenali di bandar Montpellier, selatan di Perancis pada Isnin ketika Presiden Perancis Emmanuel Macron sedang mengadakan lawatan ke kawasan itu, lapor Sputnik memetik saluran France3.

Kejadian berlaku di pusat bandar, penyerang melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta.

Iklan
Iklan

Polis sudah melancarkan operasi memburu suspek.

Mangsa yang dilaporkan ditembak di dada dan belakang badan itu kini dirawat di hospital.

Iklan
Iklan

Macron bersama Menteri Dalam Negeri Gerald Darmanin tiba di bandar itu pada Isnin pagi untuk membincangkan berkaitan isu keselamatan dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang. - Bernama