Busur Taming Sari

Iklan

Pembuat busur tradisional, Sufyan Mohd Salleh, 61, sibuk menyiapkan busur tempahan pelanggannya ketika ditemui di Taming Sari Archery, Melaka, baru-baru ini.

Beberapa komponen seperti kayu ciku, tanduk kerbau dan epoksi fiber diguna bagi menghasilkan busur tradisional ini kerana setiap bahan yang digunakan mempunyai kelebihan masing-masing.

Iklan
Iklan

Epoksi fiber mempunyai tahap lentur yang tinggi dan mampu bertahan dengan daya tarikan maksimum manakala tanduk kerbau dan kayu ciku mempunyai ira yang sangat halus dan mampu diukir dengan baik. - Foto Bernama