UCYP diarah ditutup, seorang penuntut positif Covid-19
Iklan
KUANTAN - Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) ditutup berikutan seorang penuntut institusi milik penuh Yayasan Pahang (YP) itu disahkan positif Covid-19.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komissioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, penutupan itu dibuat selepas ia diputuskan dalam mesyuarat Taskforce Covid-19 Pahang yang diadakan pada Jumaat.
"Seramai 253 penghuni di UCYP telah menjalani kuarantin kendiri di bilik masing-masing sejak Khamis lalu.