Bazar Ramadan Tok Adis tutup sementara

Iklan

Peniaga Ahmad Koosim menyusun barangan perniagaannya selepas Bazar Ramadan Tok Adis dekat Kuala Ibai diarah tutup sementara selama 14 hari sehingga 30 April oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, ketika tinjauan hari ini.

Perintah penutupan Bazar Ramadan Tok Adis itu dilakukan agar penganjur dapat memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan memastikan ia dipatuhi peniaga serta pengunjung.

Iklan
Iklan

Penutupan itu berkuat kuasa di bawah Seksyen 18 (1) (f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). - Foto Bernama