Vaksin Covid-19: Palestin hargai bantuan China

Iklan
Gambar hiasan

RAMALLAH – Palestin amat menghargai bantuan vaksin Covid-19 yang dihulurkan China dan setakat ini lebih 35,000 rakyat negara itu sudah menerima suntikan masing-masing.

Dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini, Pengarah Pejabat China di Palestin, Guo Wei berkata, kerjasama China-Palestin dalam bidang vaksin telah memberi sumbangan baharu kepada pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib.

Iklan
Iklan

Menurut Guo, vaksin yang disumbangkan China selamat tiba di Palestin pada 29 Mac lalu ketika negara itu menghadapi kekurangan vaksin.

Untuk rekod, jumlah vaksin disumbangkan China adalah yang terbanyak diterima Palestin setakat ini.

Iklan

Perdana Menteri Palestin, Mohammad Ibrahim Shtayyeh merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih manakala Menteri Kesihatan Mai al-Kaila dan Menteri Luar, Riyad al-Maliki pula menyifatkan China ibarat sahabat, saudara dan rakan yang rapat.

China mengotakan janji untuk menjadikan vaksin sebagai"barangan keperluan awam global” dan menghulurkan bantuan kepada Palestin serta negara membangun lain.

Iklan

Ketibaan vaksin China di Palestin turut menjadi tajuk utama kebanyakan media negara itu.

Setakat ini, individu yang telah menerima suntikan dilaporkan tidak mengalami alahan yang teruk, secara tidak langsung membuktikan kepercayaan rakyat Palestin terhadap keselamatan dan keberkesanan vaksin China.

Menurut Guo, pandemik Covid-19 tidak akan menjadi halangan kepada persahabatan China-Palestin, sebaliknya meningkatkan lagi kepercayaan satu sama lain dan memperkasa kerjasama kedua-dua negara. - Bernama