Sesak gara-gara lori merintang jalan
Iklan
Keadaan lori yang merintang jalan di Kilometer 7 Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Johor Bahru pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Padzli Mohd Zain
JOHOR BAHRU- Sebuah lori yang merintang jalan di Kilometer 7 Jalan Johor Bahru-Air Hitam, di sini menyebabkan kesesakan sejauh beberapa kilometer, selepas dipercayai terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu pada jam 8.50 pagi.
Iklan
Iklan
"Hasil siasatan awal yang dijalankan, kita dapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori berusia 60 tahun itu sedang dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Tampoi.
"Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu sedang melalui selekoh kecil dan gagal mengawal kenderaan tanpa muatan itu ketika melalui selekoh berkenaan, lalu terbabas ke pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Jelas beliau, akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu tersebut mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Aminah, di sini.
Ujarnya, pemandu lori itu telah hadir Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Rule 10, LN166/59 kerana gagal mengawal kenderaan dan mengakibatkan kemalangan.
Iklan
BERITA SEMASA 29 APRIL 2024
Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin akan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa, atas satu pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, dia yang lebih dikenali sebagai Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Sedangkan katanya, hantaran di laman sosial, Facebook itu ialah berhubung pembukaan kasino yang dilaporkan beberapa media Antarabangsa.
Badrul Hisham berkata, disebabkan hantaran berkenaan, dia akan diheret ke muka pengadilan, namun berbeza dengan laporan media antarabangsa, yang tidak diusik sehingga ke hari ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661916/berita/semasa/chegu-bard-akan-didakwa-di-johor-bahru-esok
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #beritasemasa #mahkamah #Che'gubardbergari #kualalumpur