20 murid tadika maut dalam kebakaran di Niger

Iklan
Gambar hiasan

NIAMEY - Sekurang-kurangnya 20 murid tadika terkorban dalam satu kejadian kebakaran di Niamey, Niger pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Dua puluh kelas di bangunan yang menempatkan kelas tadika hangus dijilat api yang meragut 20 nyawa kanak-kanak," kata ketua pasukan bomba Kolonel Sidi Mohamed pada Rabu.

Iklan
Iklan

Tadika itu terletak di pinggir tenggara Niamey, dekat dengan lapangan terbang.

Perdana Menteri, Ouhoumoudou Mahamadou turut melawat lokasi kejadian dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. - Bernama

Iklan
Iklan