Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah: Dari frontliners kepada frontliners
Iklan
SHAH ALAM - Sempena menyambut bulan Ramadan, TV AlHijrah menganjurkan program Skuad Bubur Lambuk 2021 sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).
Eksekutif Kanan Pengurusan Acara TV AlHijrah Muhammad Sazri Sani berkata, program itu sudah memasuki tahun kelima dan merupakan pemberian bubur lambuk percuma kepada orang ramai khususnya petugas barisan hadapan atau frontliners.