Saringan Kompleks Seri Iman

Iklan

Petugas kesihatan melakukan saringan kesihatan dan ujian calitan terhadap kakitangan yang bertugas di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Kompleks Seri Iman ditutup selama tiga hari bermula hari ini berikutan terdapat 11 kes positif COVID-19.

Iklan
Iklan

Penutupan itu membabitkan enam premis pejabat di bangunan berkenaan iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu. - Foto Bernama