GRS kekal pendirian semua tuntutan MA63 dapat ditunaikan
Iklan
KOTA KINABALU - Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal dengan pendirian agar semua perkara atau tuntutan seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dapat ditunaikan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengutarakan perkara itu dalam Mesyuarat Majlis Khas mengenai MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara maya pada Selasa.