Pasangan disebat 100 kali kerana berzina

Iklan
Lelaki juga penjawat awam dilihat meminta minuman dan mencangkung semasa berbaki 20 sebatan. - Foto Tribunnews

ACHEH - Seorang penjawat awam dan kekasihnya yang merupakan pekerja kakitangan pembersihan atau tukang cuci dihukum sebat sebanyak 100 kali pada Isnin kerana berzina.

Menerusi laporan Tribunnews, pasangan kekasih berusia 43 tahun itu merupakan suami dan isteri orang telah menjalinkan hubungan sejak setahun lalu.

Iklan
Iklan

Hukuman sebat itu berjalan lancar walaupun kedua-duanya merintih kesakitan dan penjawat awam lelaki itu dilihat beberapa kali meminta petugas sebat menghentikan sebatan.

Lelaki itu juga dilihat meminta minuman dan mencangkung ketika berbaki 20 lagi sebatan.

Iklan

Berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah Kualasimpang pada 22 Mac lalu, mereka perlu menjalani hukuman itu di Pusat Islam Aceh Tamiang.

Pasangan yang sudah berkeluarga itu didapati bersalah kerana melanggar Seksyen 37 (1), (2 dan (3) Kanun Aceh 6/2014 Akta Jenayah.

Iklan

Mereka ditahan pihak berkuasa di pintu masuk Taman Kualasium pada jam 9 malam waktu tempatan, 25 Januari lalu.

Selain pasangan berkenaan, seorang lagi pesalah berusia 52 tahun turut menjalani hukuman sebat sebanyak 18 kali selepas tempoh tahanannya dipendekkan.

Ketua Pejabat Syariah Islam Aceh Tamiang, Syamsul Rizal berkata, pesalah menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum menjalani hukuman.

"Selepas disahkan stabil, baru proses hukuman dilakukan," katanya.

Ujar beliau, hukuman pertama dilakukan pada 11 Januari lalu membabitkan 11 pesalah.