Bekalan vaksin Covid-19 melebihi pendaftaran PICK pada Jun: Khairy
Iklan
SHAH ALAM - Bekalan vaksin negara bakal melebihi jumlah pendaftaran dalam Program Imunisasi Covid-19 (PICK) Kebangsaan pada Jun ini, kata Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Garisan hijau (merujuk kepada graf status pembekalan dan permintaan vaksin negara) adalah jadual penghantaran semua vaksin yang Malaysia telah perolehi. Garisan kuning status pendaftaran sekarang. Garisan biru muda sasaran PICK.