Menteri tiada kuasa tangguh arahan Ketua Polis Negara
Iklan
Nik Ahmad Kamal, M Hafiz
SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri tidak ada kuasa untuk menangguhkan atau campur tangan dalam arahan Ketua Polis Negara (KPN) terhadap apa-apa kuasa seperti yang terkandung dalam Akta Polis 1967.
Peguam M Hafiz Zainol berkata, lantikan setiap anggota polis dari peringkat bawah sehingga atasan adalah mengikut Akta Polis.
Iklan
Iklan
"Akta Polis menyatakan setiap anggota polis adalah di bawah perintah KPN.
"Menteri tak ada hierarki dalam pentadbiran polis.
Iklan
"Menteri hanya boleh campur tangan berkenaan kawalan mengikut Akta Polis,” katanya pada Ahad.
Ujarnya, Seksyen 4(1) Akta Polis 1967 menyatakan pasukan polis hendaklah berada di bawah perintah KPN dan bertanggungjawab kepada menteri bagi kawalan dan arahan pasukan.
Iklan
"Jadi maksudnya, berkenaan dengan perintah, arahan utama ialah daripada KPN.
"Yang boleh melangkaui perintah KPN adalah Yang di-Pertuan Agong sahaja,” ujarnya.
Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, terdapat pelbagai peraturan, pekeliling dan perintah yang perlu dibaca bersama dengan Seksyen 4(1) Akta Polis 1967 dalam isu tersebut."Dari segi fungsi KPN, jelas beliau berkuasa dalam pentadbiran Polis Diraja Malaysia.
"Secara keseluruhan perlu dilihat peraturan termasuk pekeliling mengenai kuasa KPN dalam isu pertukaran pegawai polis,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>