Rakaman audio tular tidak jejas hubungan parti dalam kerajaan
Iklan
Takiyuddin menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin di Dewan Wawasan Gemilang hari ini. - Foto Bernama
SIK - Isu rakaman audio perbualan yang didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular menerusi media sosial tidak menjejaskan hubungan Pas dan UMNO serta parti lain dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, isu itu lebih kepada hubungan antara individu dengan individu.
Iklan
Iklan
"Dalam parti, ada parti dan pemimpin parti, kadang-kadang hubungan individu dengan individu tidak menjejaskan hubungan antara organisasi itu, kadang-kadang antara pemimpin dia, tetapi parti itu masih lagi berjalan dengan baik, itulah keadaan sekarang ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Malaysia Prihatin di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada isu rakaman audio itu akan menjejaskan hubungan Pas dan UMNO.
Iklan
Rakaman audio berdurasi empat minit 17 saat itu antara lain memperdengarkan suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO menerusi panggilan telefon.
Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata, isu audio itu wajar diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut termasuk disiasat sekiranya ada keperluan berbuat demikian.
Iklan
Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak untuk mempersembahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon agar Parlimen dibenarkan bersidang semula.
"Malaysia ialah negara demokrasi, selagi tidak menyalahi undang-undang, sesiapa sahaja bebas untuk berbuat demikian jika merasakan ia penting kepada mereka,” katanya.
Pada Sabtu, Pakatan Harapan dilapor akan menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta perkenan baginda agar Parlimen dibenarkan bersidang semula.
Negara kini masih di bawah darurat Covid-19 yang turut menyaksikan penggantungan persidangan Parlimen dan pilihan raya. - Bernama
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.