Masjid Kampung Bongek terbakar
Iklan
REMBAU - Masjid Kampung Bongek di sini musnah 70 peratus dalam kebakaran pada jam 10 pagi Ahad.
Pegawai Bomba Kanan 11, Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Amer Izham Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.19 pagi dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.