Beberapa penjuru pun Pas perlu bersedia: Pas Kelantan

Iklan
Che Abdullah

KEPALA BATAS - Pas Kelantan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), walaupun terpaksa menghadapi saingan lebih dari dua penjuru, kata Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

"Sama ada berapa penjuru sekali pun kita kena sentiasa bersedia (untuk pilihan raya). Kita tidak boleh terperangkap dengan tidak bersedia.

Iklan
Iklan

"Saya yakin semua parti politik pun, tanpa mengambil kira apa hubungan dengan siapa dan kerjasama dengan siapa, sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Agropreneur Muda Rancangan Perniagaan di sini.

Iklan

Che Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II berkata, jentera pilihan raya yang digerakkan tidak ada kaitan dengan isu-isu politik yang berlegar, sebaliknya parti itu akan fokus dalam persediaan menghadapi pilihan raya. - Bernama

Iklan