ISKANDAR PUTERI - Seorang pekerja kilang maut, apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Kilometer 19 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, pada pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku pada jam 12.25 pagi membabitkan kereta Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 26 tahun dan Perodua Myvi yang dipandu mangsa berusia 30 tahun.