Kumpulan kedua vaksin Sinovac dijangka tiba bulan ini

Iklan
Kumpulan kedua vaksin Covid-19 Sinovac buatan China dijadual tiba di Malaysia bulan ini

KUALA LUMPUR - Kumpulan kedua vaksin Covid-19 Sinovac buatan China dijadual tiba di Malaysia bulan ini, kata Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Penghantaran kumpulan kedua itu terdiri 2.5 juta dos.

Iklan
Iklan

Katanya, sehingga September secara keseluruhan Malaysia dijangka menerima 14 juta vaksin CoronaVac Sinovac.

Beliau berkata demikian semasa melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di sini pada Khamis.

Iklan

Malaysia mula melancarkan vaksinasi menggunakan Sinovac pada 18 Mac selepas menerima penghantaran pertama pada 27 Februari.

Selain vaksin Sinovac, Malaysia juga merancang membeli vaksin CanSino Covid-19 yang merupakan vaksin dos tunggal.

Iklan

Dilaporkan juga syarikat swasta tempatan Kanger International Bhd (Kanger) akan membeli satu lagi vaksin Covid-19 dari China National Pharmaceutical Group Corporation (Sinopharm).

Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada lebih 31 juta penduduknya akan menerima suntikan di bawah program imunisasi kebangsaan yang sudah bermula Februari lalu, 20 peratus penduduk dijangka menerima vaksin Sinovac. - Bernama