15 warga Myanmar ditahan rentas negeri, guna surat palsu
Iklan
Seramai 15 warga Myanmar ditahan cuba merentas negeri tanpa kebenaran dan menggunakan surat kebenaran palsu.
GUA MUSANG - Polis menahan 15 warga Myanmar kerana cuba merentas negeri tanpa kebenaran dan menggunakan surat kebenaran palsu dalam sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Tanah Puteh di sini pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kesemua warga Myanmar termasuk dua wanita itu ditahan ketika menaiki sebuah bas ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rantau Panjang.
Iklan
Iklan
"Warga asing terbabit dalam keadaan mencurigakan sebelum mereka diminta menunjukkan surat kebenaran merentas negeri. Lima daripada mereka menunjukkan surat kebenaran palsu manakala 10 lagi tidak mempunyai surat kebenaran.
"Kesemua warga asing itu juga mempunyai dokumen perjalanan yang tamat tempoh dan dipercayai cuba pulang ke negara asal melalui sempadan di Rantau Panjang untuk merentas ke Thailand," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini pada Khamis.
Iklan
Beliau berkata, kesemua warga asing yang berumur antara 20 hingga 50 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63, Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Iklan
Mengulas lanjut, Sik berkata, ini merupakan kes pertama membabitkan penahanan warga asing yang cuba merentas negeri menggunakan surat kebenaran palsu di daerah ini.
Justeru, katanya, polis akan mempertingkatkan pemeriksaan kenderaan yang melalui Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Lojing-Gua Musang bagi mengesan individu yang merentas negeri tanpa surat kebenaran. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>