Harimau Malaya perlu pertingkat prestasi: Presiden AFC
Iklan
PRESIDEN Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ibrahim Al Khalifa menekankan bahawa prestasi skuad Harimau Malaya perlu dipertingkat khususnya dari segi profesionalisme dalam usaha meningkatkan lagi standard bola sepak negara.
Perkara itu dimaklumkan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin pada perbincangan isu semasa yang turut membabitkan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John menjelang mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC bagi penggal 2019-2023 di Manama, Bahrain pada Rabu.