Janda anak empat, teman lelaki ditahan AADK
Iklan
BESUT- Seorang wanita berstatus ibu tunggal antara lima individu yang ditahan dalam operasi dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut di sekitar daerah ini awal pagi Selasa.
Wanita berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya di Jabi di sini bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya berusia 28 tahun dalam operasi bermula jam 1 pagi dan berakhir jam 5.30 pagi.