KUALA TERENGGANU - Karnival PenjanaKerjaya Negeri Terengganu Tahun 2021 yang berakhir Ahad berjaya membantu 839 individu mendapatkan pekerjaan yang sesuai, sepanjang dua hari karnival itu berlangsung.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, seramai 3,665 pencari kerja hadir untuk temu duga bersama majikan di karnival itu.