Arteta terkejut tewas kepada Liverpool
Iklan
Mikel Arteta
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui terkejut selepas pasukannya dimalukan Liverpool 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Emirates pada awal pagi Ahad.
Menurutnya, dia tidak menyangka akan tewas dengan jumlah jaringan yang besar di sebalik persiapan rapi yang dilakukan sebelum turun menentang The Reds.
Iklan
Iklan
"Kami sememangnya layak tewas perlawanan ini. Liverpool lebih bagus di segenap sudut dan sepatutnya menang dengan keupayaan yang dipamerkan mereka. Saya bertanggungjawab dengan corak permainan kami hari ini.
"Saya tidak perlu menggunakan sebarang alasan seperti kami kehilangan lima hingga enam pemain akibat kecederaan. Standard perlawanan ini sagat tinggi hari ini dan kami tidak dapat capainya. Dalam masa sama ia lebih kepada teknikal dan kami memberikan lawan dengan bola mudah dan tiada hantaran berkesan berjaya kami lakukan.
Iklan
"Asas permainan bola sepak kami hari ini tidak berkesan. Buat masa ini saya terkejut dan tidak menyangka kami gagal menampilkan persembahan yang baik kerana kami sebenarnya telah melakukan latihan dan persiapan," katanya.
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat The Gunners untuk menyudahkan saingan liga dalam kelompok empat terbaik dan memburu slot ke Liga Juara-Juara semakin pudar dan perlu mengharapkan kemenangan dalam saingan Liga Europa untuk memastikan mereka dapat beraksi di pentas tertinggi Eropah musim depan.
Iklan
Dalam pada itu, Arteta mengharapkan para pemainnya dapat melupakan kekalahan kepada Liverpool dan menjadikan aksi suku akhir Liga Europa menentang Slavia Prague sebagai medan kebangkitan pasukan.
"Ia adalah satu cabaran dan peluang untuk pemain bangkit. Jika pemain mempunyai maruah dan sedar bahawa mereka mewakili sebuah pasukan seperti ini, maka mereka perlu bangkit dalam perlawanan seterusnya," katanya.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.