Covid-19: Satu kluster baharu libatkan majlis perkahwinan di Sarawak
Iklan
KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan satu lagi kluster baharu di daerah Kuching melibatkan majlis perkahwinan di Kampung Binyu, Jalan Tanjung Bako di sini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kluster itu dikesan susulan beberapa individu bergejala (kes ke-16,214; 16,194 dan 16,196), yang menjalani saringan Covid-19 di fasiliti kesihatan di daerah Kuching dan Bintulu didapati positif pada 30 Mac lalu.