UMNO berdepan cabaran adakan pemilihan parti
Iklan
Abdul Rahman
SHAH ALAM - UMNO berdepan cabaran untuk melaksanakan pemilihan parti dalam waktu terdekat kerana darurat dan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pemilihan parti melibatkan perjumpaan seramai tiga juta ahli UMNO dari seluruh negara bukanlah proses yang mudah kerana sistem pengundian perlu dibuat secara fizikal.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ia bagi mengelakkan timbul pertikaian terhadap keputusan pemilihan terbabit.
"Macam mana nak minta tiga juta ahli UMNO ini berkumpul. Ia tidak mudah. Kena buat serentak itu.
Iklan
"Kita tidak ada sistem mengundi secara maya. Nanti keputusan akan dipertikai, kena bawa ke mahkamah dan pelbagai perkara boleh berlaku.
"Jadi kalau kita ada pemilihan, kita perlu adakan secara fizikal,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Iklan
Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa UMNO mempunyai ramai calon Perdana Menteri sama ada luar dan dalam parti.
"Pertamanya, kita (ada) ramai calon, baik daripada Presiden, Timbalan Presiden, Timbalan Naib Presiden semuanya berpengalaman.
"Kemudian kita ada luar parti seperti Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak kalau dia berminat.
"Jadi semua berminat untuk menjadi Perdana Menteri dan mereka layak,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mempersoalkan keperluan untuk menamakan calon terbabit sebagai Perdana Menteri.
"Tapi soalnya sekarang kalau kita menamakan mereka apa keperluannya? Tidak ada keperluan untuk menamakannya sekarang kerana kita tidak tahu bila akan ada pilihan raya.
"Kalau Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata pilihan raya (diadakan pada) esok, semalam kita umumkan calon Perdana Menteri kita,” katanya.
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, senarai nama tiga hingga lima calon itu dicadangkan oleh pimpinan di peringkat Cabang Nibong Tebal untuk diperhalusi.
Menurutnya, calon-calon yang disenarai pendek itu berusia antara 30 hingga 60 tahun termasuk anak tempatan di kawasan Sungai Bakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667914/berita/politik/prk-sungai-bakap-pkr-pulau-pinang-hantar-senarai-nama-calon
Muzik: Elevate dari www.bensound.com