UMNO Selangor serah MKT tentukan pemilihan parti
Iklan
Noh (dua dari kiri) menyampaikan cek kepada wakil masjid pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Masjid Al-Iman Tali Air 2 Ban 3 pada Jumaat.
TANJONG KARANG - UMNO Selangor menyokong penuh kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyerahkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menentukan sama ada pemilihan parti itu bakal diteruskan pada tahun ini atau ditangguhkan pada satu tarikh ditetapkan.
Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, semua pemimpin dan ahli parti itu perlu memahami dengan jelas kenyataan Ismail Sabri bagi mengelakkan kekeliruan sekali gus mengelakkan berlaku perpecahan.
Iklan
Iklan
"Kalau ada (ahli atau pemimpin) UMNO berpecah, mungkin ada di antara mereka yang tidak faham apa yang diputuskan dalam PAU (Perhimpunan Agung UMNO) 2020," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Masjid Al-Iman Tali Air 2 Ban 3 di sini pada Jumaat.
Noh berkata, kenyataan Ismail Sabri amat jelas bahawa sokongan UMNO kepada kerajaan Pakatan Nasional (PN) diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan.
Iklan
Noh yang juga Ahli MKT menambah soal peletakan jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diputuskan dalam mesyuarat MKT.
"Kita akan bincang mengenai perkara tersebut dalam (mesyuarat) MKT nanti," katanya.
Iklan
Katanya, beliau turut menafikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menguasai MKT kerana mereka yang menduduki jawatan itu turut menyatakan pandangan mereka.
"Biasanya mesyuarat MKT berlangsung dua atau tiga jam. Masing-masing (MKT) diberi peluang bercakap, kalau majoriti bersetuju itu dianggap sebagai keputusan bersama," katanya.
Katanya, semua keputusan mengenai parti itu perlu diselesaikan dalam mesyuarat MKT sehingga satu keputusan dicapai.
"Hujah oleh perwakilan semasa PAU bukanlah keputusan parti. Kita beri mandat kepada MKT untuk berbincang dan kemudian Presiden (Ahmad Zahid) perlu menerangkan kepada semua ahli Parlimen (UMNO)," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, MKT UMNO akan menentukan sama ada pemilihan parti itu bakal diteruskan pada tahun ini atau ditangguhkan.
Ismail Sabri berkata, keputusan yang dibuat itu juga mengikut landasan perlembagaan parti.
ARTIKEL BERKAITAN: 'PAU 2020 tidak putuskan pemimpin dalam kerajaan letak jawatan'
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>