JPJ nafi pemasangan kamera AWAS baharu
Iklan
KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pemasangan kamera Automated Enforcement System (AES) atau kamera Automated Awareness Safety System (AWAS) tambahan di lokasi tertentu Lebuh Raya Utara Selatan.
"Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai dan menyebarkan berita yang tidak benar sebelum mendapatkan kesahihan daripada sumber yang betul,” demikian menurut ibu pejabat JPJ dalam kenyataan hari ini.