KUCHING - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi mengadakan lawatan kerja selama dua hari di Sarawak.
Pesawat khas membawa rombongan beliau tiba di lapangan terbang itu pada 9.37 pagi disambut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan dan isteri, Datuk Dayang Morliah Awang Daud.