BeONE buka pusat perkhidmatan pertama di Malaysia

Iklan
BeONE Prepaid merupakan salah satu produk BeONE.

SHAH ALAM - BeONE Network Sdn Bhd (BeONE) membuka pusat perkhidmatan pertamanya di Seremban 2, Negeri Sembilan sebagai usaha untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif BeONE, Nazri Saad berkata, ia merupakan antara 54 pusat perkhidmatan BeONE yang akan dilancarkan di seluruh Malaysia dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Menurut Nazri, BeONE ditubuhkan pada Mac 2020 untuk memberikan perkhidmatan telekomunikasi untuk internet, panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS).

"BeONE ingin memberikan servis kepada seluruh pengguna di Malaysia termasuk individu bukan warganegara. Dengan harga yang paling murah di pasaran iaitu RM10, pengguna boleh menikmati panggilan percuma tanpa sekatan, internet untuk aplikasi sosial dan video,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Majlis pelancaran pembukaan pusat perkhidmatan BeONE itu dihadiri oleh Ketua Pegawai Pemasaran RedONE Network Sdn Bhd, Ben Teh dan Ketua Pegawai Operasi, RedONE Network Sdn Bhd, Tee Yew Yau.

Nazri berkata, BeONE juga telah merekrut sebanyak 5,000 eksekutif jualan dan mempunyai 20,000 pengguna pelan RM10 atau dikenali sebagai ‘Kuasa 10’.

Iklan
Nazri (kiri) bersama pengasas lain yang menawarkan produk BeONE dalam pasaran.

"Dengan pelan ini, pengguna dapat membuat panggilan percuma, 1GB data pantas dan 10GB data asas,” katanya.

Beliau berkata, BeONE Prepaid juga mempunyai program usahawan telco-preneur yang membolehkan sesiapa sahaja menjadi BeONE Eksekutif Jualan dengan hanya RM50.

"Mereka akan mendapat lima sim kad, nilai kredit RM10, e-wallet ID dan juga ID Eksekutif Jualan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pandemik Covid-19 memberi impak yang sangat ketara kepada rakyat Malaysia dari segi aspek sosioekonomi.

"Misi BeONE ialah memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjadi usahawan telco-preneur melalui program BeONE Eksekutif Jualan berkonsepkan 'Revenue Sharing'. BeONE Prepaid menawarkan harga berpatutan yang membolehkan pelajar universiti dan sekolah menikmati pelan-pelan kami,” katanya.

BeONE merupakan syarikat terbaru dalam industri telekomunikasi di Malaysia dan ia merupakan produk yang dicipta dengan kerjasama RedONE Network Sdn Bhd yang juga merupakan antara syarikat pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) terbesar di Asia Tenggara.