EMGS terima 67 pelajar tajaan NTB dari Indonesia

Iklan
Mohd Radzlan (tengah) dan wakil universiti bersama pelajar ketika sesi taklimat di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa.

SHAH ALAM - Education Malaysia Global Services (EMGS) menerima seramai 67 pelajar pascasiswazah dari Indonesia yang dipilih sebagai penerima biasiswa daripada Nusa Tenggara Barat (NTB).

Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS), Mohd Radzlan Jalaludin berkata, kesemua pelajar berkenaan tiba di Malaysia pada Februari lepas.

Iklan
Iklan

Menurut Mohd Radzlan, mereka antara pelajar antarabangsa tajaan biasiswa NTB yang terbesar sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

"Inisiatif biasiswa NTB ini adalah salah satu usaha untuk mengeratkan hubungan kedua-dua belah pihak antara Malaysia dan Indonesia terutama dalam sektor pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Radzlan (kiri) memberikan cenderahati pelitup muka,sanitasi tangan dan kalendar 2021 kepada wakil pelajar.

Iklan

Pada Selasa, EMGS mengadakan sesi sambutan dan taklimat untuk penerima biasiswa NTB di sebuah hotel, di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, mereka telah menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari melalui proses prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di stesen kuarantin mereka di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Iklan

"Prosedur daftar keluar kuarantin telah dilakukan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM),” katanya.

Menurut Mohd Radzlan, mereka telah mengikuti sesi taklimat Visa NTB secara maya yang dianjurkan oleh pihak EMGS pada Februari 2021 yang lepas.

"EMGS akan terus menyokong dalam usaha memastikan proses untuk pelajar antarabangsa melanjutkan di Malaysia berjalan lancar. EMGS juga amat mengalu-alukan ketibaan semua pelajar antarabangsa ke Malaysia.

"EMGS akan terus komited untuk memenuhi hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global,” katanya.

Katanya, selepas sesi taklimat, pelajar-pelajar telah berangkat ke universiti masing-masing bersama wakil dari pihak universiti.