Bersatu Sabah sambut baik kenyataan Bung Moktar
Iklan
KOTA KINABALU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menyambut baik kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang membuat ketetapan UMNO Sabah kekal pendirian untuk bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi pembangunan walaupun UMNO pusat berhasrat bergerak bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, fokus utama kerajaan GRS kini adalah memastikan segala perancangan untuk pembangunan negeri dan rakyat dapat disegerakan.