1,911 pengamal perubatan swasta daftar Program Imunisasi Covid-19 Fasa 2, 3
Iklan
PUTRAJAYA - Seramai 1,911 pengamal perubatan swasta (GP) telah mendaftar untuk terlibat dalam Fasa 2 dan 3 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata, mereka yang telah berdaftar akan diberikan taklimat dan latihan berkaitan skop tugas dalam program imunisasi itu, selain garis panduan dan manual yang lengkap sebagai rujukan GP dalam mengendalikan pemberian vaksin kepada kumpulan sasaran Fasa 2 dan 3.