Sarawak Raja Sukma Perak 2018
Iklan
Ahmad Faizal menyaksikan lintasan Kontinjen Sarawak pada perasmian penutupan Para Sukma ke-19 di Stadium Indera Mulia malam ini. 
Kontinjen Sarawak dinobatkan juara keseluruhan dalam kejohanan tersebut dengan mengumpul 61 pingat emas, 62 pingat perak dan 39 pingat gangsa. - Foto Bernama
SARAWAK dinobatkan sebagai juara keseluruhan Para Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 iaitu kejuaraan buat kali ke-13 berturut-turut.
Kehebatan negeri Bumi Kenyalang itu ternyata sukar ditandingi selepas mengumpul 61 emas, 62 perak dan 60 meninggalkan negeri jiran Sabah di tempat kedua dengan 36 emas, 28 perak dan 30 gangsa, manakala tuan rumah Perak di tempat ketiga dengan 29 emas, 33 perak dan 22 gangsa.
Iklan
Iklan
Ketua Kontinjen Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, impian untuk dinobatkan sebagai juara buat kali ke-13 berturut-turut tidak akan tertunai tanpa komitmen daripada semua pihak termasuk kerajaan negeri, atlet, jurulatih dan ibu bapa.
"Pelbagai cabaran kita lalui sebelum digelar juara contohnya ada atlet diklasifikasikan sebagai intelektual disability (ID) dan dia pun berlatih dalam kategorinya, namun ketika tiba di Ipoh proses klasifikasi dijalankan sekali lagi didapati atlet itu tidak layak sebagai ID maka kita hilang penyertaan.
Iklan
"Saya percaya ini bukan sahaja cabaran kepada Sarawak tetapi kepada kontinjen lain namun itulah antara cabaran yang kita hadapi,” katanya di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak berkata di sebalik cabaran yang dihadapi kontinjen negeri beliau tetap berbangga dengan pencapaian semua yang terlibat.
Iklan
"Saya melihat semangat pasukan iltizam atlet Orang Kurang Upaya (OKU) ini sangat tinggi. Sukan adalah wadah untuk mereka tunjukkan kebolehan selepas diberikan peluang dan pendedahan," katanya.
Dalam pada itu, Fatimah juga berbangga dengan pencapaian atlet muda Sarawak yang mampu memperoleh pingat walaupun baharu pertama kali bertanding.
Ditanya mengenai perancangan masa hadapan Sarawak untuk atlet Para Sukma, beliau berkata pasukannya akan memulakan latihan awal tahun hadapan
"Kalau kita hendak jadi juara sekali lagi tidak boleh berada di zon selesa, mesti lakukan dari sekarang bukan tunggu setahun sebelum Sukma diadakan,” katanya sambil menambah Sarawak komited untuk terus mempertahankan kejuaraan pada edisi ke-20 di Johor pada 2020.
Para Sukma 2018 yang bermula 24 November lalu melabuhkan tirai secara rasmi malam ini dengan perasmian disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>