Tarikan Baharu

Iklan

Tiga beradik Mohamad Amri Abdul Ahmad Nazri, 28, (kiri), Nur Amirah, 18, dan Muhamad Nur Aizat, 22, (kanan) berbasikal berlatarbelakangkan keindahan bunga Tecoma yang sedang mekar di sepanjang Jalan Bukit Jambul, di Pendang, hari ini.

Fenomena cuaca panas dan kering di Kedah dan beberapa negeri pada Februari dan Mac menyebabkan pokok Tecoma ini berbunga mekar kerana sifatnya yang memerlukan cuaca panas untuk menggalakkan proses pendebungaan.

Iklan
Iklan

Pemandangan indah yang bermusim ini bukan sahaja menjadi salah satu tarikan pelancong ke Kedah, malah menjadi lokasi buat pasangan pengantin dan orang ramai merakamkan gambar mereka. - Foto Bernama