UMNO Selangor mohon restu Zahid kukuhkan MN

Iklan
Noh Omar

KUALA LUMPUR - UMNO Selangor meminta restu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak berlaku pertembungan kerusi dengan rakan Muafakat Nasional (MN) iaitu Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sebaliknya berkata, MN di negeri berkenaan perlu diperkukuhkan lagi.

Iklan
Iklan

"Saya menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO supaya MN dieratkan lagi agar perpaduan dapat diteruskan dalam negara ini.

"Sebab itu di Selangor, kita terus kukuhkan muafakat. Apabila kita bersahabat, jangan khianati kawan," katanya pada sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala LUMPUR (WTCKL) di sini pada Ahad.

Iklan

Noh berkata, kedua-dua parti sebenarnya sedar mereka saling memerlukan di Selangor bagi menewaskan Pakatan Harapan (PH).

"Selepas PRU14, UMNO hanya tinggal satu kerusi Parlimen dan lima Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pas tinggal satu kerusi DUN.

Iklan

"Kita sedar kelemahan masing-masing dan berusaha mengelakkan pertembungan antara UMNO dengan Pas," katanya.

Jelas beliau, apa yang dibimbangi ialah sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru, PH akan mendapat kelebihan.

"Jika ia berlaku, kita bimbang keputusan yang bakal diterima sama seperti PRU14," kata beliau.