Minta rasuah RM1.5 juta: Setiausaha pejabat direman

Iklan
Seorang setiausaha pejabat kepada pegawai kanan Perbendaharaan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM1.5 juta. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Seorang setiausaha pejabat kepada pegawai kanan di sebuah kementerian direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah dianggarkan bernilai RM1.5 juta.

Majistret Ahmad Afiq Hasan mengeluarkan perintah reman terhadap wanita itu sehingga 19 Februari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.

Iklan
Iklan

Wanita berusia 39 tahun itu dibawa ke mahkamah pada kira-kira 9.05 pagi tadi dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Menurut sumber SPRM, wanita itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini , selepas hadir memberi keterangan jam 6.56 petang semalam.

Iklan

Wanita itu dipercayai meminta suapan sebanyak RM1.5 juta daripada wakil syarikat hartanah sebagai dorongan untuk meminta persetujuan daripada ketuanya bagi meluluskan pembelian aset kerajaan di luar negara pada penghujung tahun lepas.

Difahamkan suspek telah menerima sebahagian daripada wang terbabit.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat menurut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. - Bernama